Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Tanggungjawab Cukai: Pekerja Gig, Peniaga Online Perlu Lebih Cakna

By 15 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar

KANGAR, 15 Mei (MalaysiaAktif) – Masyarakat yang menjana pendapatan melalui platform digital seperti e-dagang, penjualan secara langsung, pekerja bebas, pencipta kandungan, e-panggilan dan penghantaran makanan turut mempunyai tanggungjawab percukaian, kata Ketua Unit Pendidikan Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) Negeri Perlis Mohd Azhar Haidir.

Menurut beliau, Borang B melibatkan individu yang mempunyai pendapatan perniagaan dan pemahaman awal berkaitan cukai penting bagi membantu masyarakat mengurus kewangan dengan lebih teratur dan berintegriti.

“HASiL sentiasa melaksanakan pelbagai program pendidikan serta advokasi percukaian bagi memberi pendedahan lebih jelas kepada masyarakat termasuk generasi muda dan golongan usahawan kecil,” ketika ditemui di Pejabat HASiL Perlis, di sini baru-baru ini.

Beliau turut menggalakkan orang ramai supaya menyimpan rekod pendapatan dan perbelanjaan dengan baik selain mendapatkan panduan rasmi melalui portal MyTax atau pejabat HASiL berhampiran bagi memudahkan urusan pengisian Borang B sebelum tarikh akhir e-B pada 30 Jun 2026.

-RI

Tinggalkan komen anda