Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pendekatan Santai PENTARAMA Perkukuh Patriotisme Generasi Muda

By 20 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Wahida Mohamad Noor

GEORGE TOWN, 20 Mei (MalaysiaAktif) – PENTARAMA Homecoming dan PENTARAMA X Kelab Malaysiaku berjaya menarik perhatian 714 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdullah Munshi menerusi persembahan berinformasi dan interaktif yang bukan sahaja menghiburkan, malah berkesan dalam menyampaikan mesej kenegaraan serta meningkatkan kefahaman pelajar terhadap dasar-dasar kerajaan.

Melalui platform Kelab Malaysiaku, program tersebut turut menjadi medium efektif dalam memupuk semangat patriotisme dan menyemai rasa cinta akan negara dalam kalangan generasi muda menerusi pendekatan santai, dekat dengan jiwa pelajar dan mudah difahami.

Menurut Ahmad Zul Fahmi Mat Yusoff, 43, selaku guru penyelaras Kelab Malaysiaku, usaha yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan (JAPEN) amat relevan dan praktikal dalam mendekati golongan belia khususnya pelajar sekolah.

“Melalui persembahan berinformasi ini mesej yang dibawa sampai dan mendapat sambutan dalam kalangan pelajar,” katanya.

Sementara itu, Nurul Izzah Idris, 17, berharap program seumpama itu diteruskan kerana konsep penyampaiannya tidak membosankan.

“Saya dapat hilangkan stres sambil memperoleh maklumat yang berinformasi dan bermanfaat,” katanya yang juga pelajar Sekolah Menengah Abdullah Munshi.

Program ini merupakan sebahagian daripada rangkaian Jelajah PENTARAMA di Pulau Pinang yang berlangsung bermula 19 hingga 22 Mei bertempat di SMK Hamid Khan, Sekolah Kebangsan (SK) Perempuan Island, SMK Agama Perempuan Al-Mashoor, SMK Penang Free School, SK Francis Light dan SK Batu Lanchang.

-RI

Tinggalkan komen anda