Skip to main content
KelantanBerita TempatanBerita Timur

PERMATA Kuala Krai Santuni Ibu Di Pasar Guchil Sempena Hari Ibu

By 11 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Radzi Yusof (Kuala Krai)

KUALA KRAI, 11 Mei (MalaysiaAktif) – Inisiatif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Bantu Rakyat (PERMATA) Kuala Krai menyantuni golongan ibu di Pasar Pagi Guchil sempena sambutan Hari Ibu, semalam.

Ketua PERMATA Kuala Krai Zaidah Zakaria berkata program berkenaan sebagai tanda penghargaan terhadap peranan wanita sebagai tonggak keluarga dan masyarakat.

Sepanjang program, rombongan PERMATA Kuala Krai turut mengedarkan kuntuman bunga sebagai simbol kasih sayang, yang disambut baik oleh pengunjung dan peniaga pasar.

Seorang peniaga sayur, Fatimah Awang, 58, melahirkan rasa terharu atas keprihatinan yang ditunjukkan terhadap golongan wanita bekerja.

Sementara itu, pengunjung pasar Rohana Mat, 42, menyifatkan program tersebut sebagai sokongan moral yang amat bermakna kepada para ibu.

-RI

Tinggalkan komen anda