Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pulau Pinang Pacu Pembangunan Progresif, Mampan dan Inklusif

By 10 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir/Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 10 Mei (MalaysiaAktif) – Pulau Pinang terus memperkukuh kedudukannya sebagai antara pemacu utama ekonomi negara menerusi pencapaian memberangsangkan dalam sektor pelaburan, perdagangan, ekonomi digital dan pembangunan infrastruktur.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib berkata negeri itu merekodkan pelaburan diluluskan sebanyak RM63.96 bilion pada tahun lepas dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan kekal sebagai tunjang utama ekonomi negeri.

Menurutnya jumlah dagangan Pulau Pinang turut meningkat kepada RM956.37 bilion pada tahun 2025, iaitu pertumbuhan sebanyak 17.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Agenda ekonomi digital negeri terus diperkasa menerusi Pelan Induk Ekonomi Digital Pulau Pinang (DEMP) 2025-2030 yang menyasarkan sumbangan ekonomi digital sebanyak 35 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri menjelang 2030,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Yang Kelima Belas, di sini kelmarin.

Selain itu, beliau berkata pelaksanaan projek strategik seperti Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan projek jalan raya utama dijangka meningkatkan mobiliti rakyat serta memperkukuh jaringan perhubungan negeri.

“Keberhasilan yang dicapai hari ini adalah hasil sinergi kukuh antara kepimpinan negeri, jentera pentadbiran serta sokongan padu rakyat.

“Saya yakin Pulau Pinang akan terus melangkah maju sebagai sebuah negeri yang progresif, mampan dan inklusif selaras dengan aspirasi Penang2030,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda