Skip to main content
Rencana & Pendapat

Satu Undi Penentu Masa Depan Negara

By 21 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Liew Chong Vui (Sarawak)/NSTP

KUCHING, 21 Mei (MalaysiaAktif) – Pilihan raya terus menjadi tunjang utama sistem demokrasi negara apabila setiap undi yang dibuang rakyat memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju kepimpinan serta masa depan negara.

Melalui proses pilihan raya, rakyat diberi peluang memilih wakil mereka di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membawa suara masyarakat dalam proses penggubalan dasar serta pentadbiran negara.

Walaupun hanya satu undi, pilihan setiap pengundi itu memberi impak besar terhadap kemenangan calon  bertanding sekali gus menentukan pembentukan kerajaan yang akan mentadbir negara.

Seorang belia dari Kuching, Liew Chi Hung, 25, berkata rakyat tidak seharusnya memandang ringan tanggungjawab sebagai pengundi kerana ia adalah kuasa sebenar rakyat dalam sistem demokrasi.

“Jika kita tidak mengundi, kita sebenarnya melepaskan hak untuk menentukan masa depan sendiri,” katanya kepada Malaysia Aktif, hari ini.

Sementara itu, seorang guru, Liew Mei Ling, 20, berkata pendidikan politik perlu diberi penekanan terhadap generasi muda agar lebih memahami tanggungjawab sebagai pengundi yang bijak dan berinformasi.

“Generasi muda perlu didedahkan dengan kepentingan sistem demokrasi supaya mereka lebih peka terhadap isu semasa dan membuat pilihan berdasarkan fakta serta kepentingan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, seorang warga emas, Ong Siaw Hua, 83, berharap pemimpin yang dipilih melalui pilihan raya sentiasa prihatin terhadap cabaran kos sara hidup dan ekonomi rakyat.

Menurut beliau, pemimpin yang diberi mandat perlu melaksanakan tanggungjawab dengan amanah serta memastikan kebajikan rakyat terus terbela.

Kesedaran terhadap pentingnya sistem pilihan raya dilihat mampu melahirkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab dalam menentukan kepimpinan negara demi menjamin kestabilan, kemajuan dan kesejahteraan bersama.

-FN

Tinggalkan komen anda