Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Seni Tradisi Wayang Kulit Kelantan Makin Mendapat Perhatian Generasi Muda

By 19 Mei 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aiman Alimin/Noor Haswan (Kelantan)

KOTA BHARU, 19 Mei (MalaysiaAktif) – Seni tradisional wayang kulit Kelantan kini semakin mendapat perhatian dalam kalangan generasi muda apabila mula dilihat sebagai medium warisan yang bukan sahaja unik, malah sarat dengan nilai seni, kreativiti dan identiti budaya.

Perkembangan positif ini dapat dilihat menerusi penglibatan golongan muda dalam bengkel, latihan serta persembahan wayang kulit yang dianjurkan oleh kumpulan seni tempatan seperti Persatuan Wayang Kulit Sri Cindayu Kota Bharu Kelantan atau Sri Cindayu, yang aktif mendekatkan seni tradisi ini kepada generasi baharu.

Persatuan yang ditubuhkan pada 2008 itu giat menganjurkan bengkel pembuatan patung wayang kulit dan bengkel muzik khusus untuk belia, sekali gus membuka ruang pembelajaran secara langsung kepada golongan muda pelbagai kaum bagi memahami seni warisan secara praktikal dan mendalam.

Che Ann atau lebih dikenali sebagai Tok Dalang berkata minat generasi muda terhadap wayang kulit semakin ketara apabila seni tersebut diperkenalkan melalui pendekatan yang lebih dekat dengan jiwa mereka.

“Generasi muda hari ini sebenarnya berminat, cuma mereka perlu didedahkan. Bila mereka faham nilai seni, muzik dan cerita di sebalik wayang kulit, mereka mula rasa bangga dan mahu belajar,” katanya.

Usaha berterusan melalui bengkel dan latihan ini dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan seni wayang kulit terus hidup dan diwarisi oleh generasi akan datang tanpa kehilangan jati dirinya.

-AA-

Tinggalkan komen anda