Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Simfoni Tradisional Kontemporari MADANI Cungkil Bakat Seni

By 20 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ainie Elah/Norliza Isahak (Sarikei)

SARIKEI, 20 Mei (MalaysiaAktif) — Pertandingan Simfoni Tradisional Kontemporari Perpaduan MADANI merupakan usaha bermakna dalam memperkasa bidang seni dalam kalangan pelajar sekolah.

Ahli Jawatankuasa pengelola program, Nur Azmina Khalek berkata program itu menggabungkan elemen tradisional dan moden dalam satu persembahan.

“Secara tidak langsung, murid dapat memahami serta menghargai warisan budaya kita sambil mengasah kreativiti dalam penggunaan muzik dan teknologi,” katanya kepada Malaysia Aktif di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Anthony Sarikei, di sini hari ini.

Program itu yang menyediakan platform kepada murid untuk mempamerkan potensi dalam bidang seni selain menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum seni persembahan menerima penyertaan termasuk daripada SMK Bandar Samariang, SMK Bandar Sarikei, SMK Limbang, SMK Matang Jaya dan SMK Methodist.

Setiap pasukan mempersembahkan gabungan elemen muzik tradisional dan kontemporari yang kreatif sekali gus menyerlahkan bakat, kreativiti dan kemahiran murid dalam seni persembahan.

Nur Azmina berkata program itu turut membantu membina keyakinan diri dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta.
-FN

Tinggalkan komen anda