Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

SK Sultan Muzaffar Shah Dinobat Johan TASEEM Kuala Muda

By 22 Mei 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 22 Mei (MalaysiaAktif) – Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Muzaffar Shah dinobatkan sebagai johan Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Malaysia (TASEEM) Peringkat Daerah Kuala Muda.

SK Sultan Muzaffar Shah berjaya mengetepikan cabaran daripada 10 buah sekolah lain yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

Anak-anak seni tari SK Sultan Muzaffar Shah lengkap berbusana tradisional berjaya menawan hati juri.

Menurut guru pembimbing pasukan, Norsyabiha Mahiden Pitchey, kemenangan tersebut membuktikan murid-murid SK Sultan Muzaffar Shah bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah memiliki bakat besar dalam bidang kokurikulum dan seni budaya.

“Kami amat berbangga dengan pencapaian ini. Semangat kerjasama, disiplin dan komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan tarian telah membawa kejayaan yang cukup bermakna kepada sekolah,” katanya kepada Malaysia Aktif, baru-baru ini.

Pertandingan TASEEM merupakan platform bagi mencungkil dan mengetengahkan bakat murid dalam bidang seni persembahan di samping memupuk keyakinan diri, kreativiti dan semangat berpasukan dalam kalangan peserta sekolah.

-RI

Tinggalkan komen anda