
Laporan/foto: Muhammad Naim/Halim (Jempol)
JEMPOL, 18 Jun (MalaysiaAktif) – Sambutan Maal Hijrah 1448H Peringkat Negeri Sembilan di Masjid Tuanku Muhriz Bandar Seri Jempol, kelmarin diimarahkan dengan kehadiran lebih 500 umat Islam.
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir berkenan merasmikan sambutan yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Utama Aminuddin Harun.
Menurut Aminuddin, kemajuan dicapai negeri itu hari ini bukan hasil usaha satu kaum semata-mata sebaliknya hasil titik peluh seluruh rakyat yang menyumbang mengikut peranan masing-masing.

Antara yang hadir di Sambutan Maal Hijrah 1448H Peringkat Negeri Sembilan di Masjid Tuanku Muhriz Bandar Seri Jempol.
“Kita mungkin berbeza bahasa, budaya dan latar belakang, namun kita berkongsi harapan yang sama untuk melihat Negeri Sembilan terus maju, aman, makmur dan menjadi tempat yang terbaik untuk diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berkenaan, semalam.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Dato’ Mohd Zafir Ibrahim, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Dato’ Mohd Asri Abdullah, Pegawai Daerah Jempol Amino Agus Suyup dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol Mohd Nazri Mulup.
-RI





