Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

100 Warga Generasi Kedua FELDA Kota Gelanggi 1 Terima Bantuan KOSMA

By 2 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Azham/Mohd Jefry (Jerantut)

JERANTUT, 18 Jun (MalaysiaAktif) – Seramai 100 orang generasi kedua FELDA Kota Gelanggi 1 terpilih menerima sumbangan melalui Program Sentuhan Nurani: Bantuan Kewangan Generasi ke-2 FELDA, di Dewan Semai Bakti, di sini semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) Hazran Abdul Halim berkata sumbangan itu bagi meringankan bebanan kos sara hidup keluarga muda, selain menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan dan sosioekonomi generasi pelapis FELDA.

“KOSMA sentiasa komited untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan masyarakat setempat, khususnya warga FELDA yang menjadi nadi penting kepada kestabilan ekonomi wilayah ini.

Sebahagian generasi kedua FELDA Kota Gelanggi 1 yang hadir.

“Kami berharap bantuan ini dapat menyuntik semangat buat generasi kedua untuk terus memajukan diri dan menyumbang kembali kepada komuniti,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif selepas majlis penyerahan bantuan berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) FELDA Kota Gelanggi 1 Abdul Rahman Ghani berkata program itu sebagai satu detik yang amat istimewa memandangkan ia diadakan bersempena dengan sambutan Maal Hijrah hari ini.

“Bagi pihak seluruh warga FELDA Kota Gelanggi 1, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada KOSMA. Kehadiran dan bantuan ini sangat besar maknanya kepada kami, lebih-lebih lagi hari ini kita menyambut kedatangan tahun baharu Islam, Awal Muharram.

?Semoga kedatangan Awal Muharram ini membawa lembaran baharu yang lebih diberkati dan makmur buat kita semua,” ujarnya.

-RI

Tinggalkan komen anda