Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Jualan Syok Gaji @KEMAS Kemaman Perkasa Usahawan Tempatan

By 1 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shaik Fikri/Hamidah Hamid (Terengganu)

KEMAMAN, 26 Jun (MalaysiaAktif) – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Kemaman menganjurkan Program Jualan Syok Gaji @KEMAS Kemaman sebagai inisiatif memperkasa usahawan bimbingan KEMAS melalui penyediaan platform pemasaran yang lebih meluas.

Program yang berlangsung pada 25, 28, 29 dan 30 Jun di Ruang Legar Bangunan Gunasama Persekutuan, Kemaman itu bertujuan membantu usahawan meningkatkan pendapatan serta memperluaskan jaringan pelanggan menerusi jualan secara langsung kepada orang ramai.

Program berkenaan menghimpunkan pelbagai usahawan tempatan yang menawarkan produk makanan, kraf tangan, tekstil dan pelbagai barangan keperluan pada harga berpatutan.

Salah seorang peserta, Che Rozita Che Razali, 52, dari Bandar Seri Bandi melahirkan rasa syukur atas peluang yang diberikan oleh KEMAS untuk memasarkan produk berasaskan batik hasil usahanya.

“Selain menjual produk batik, saya turut menerima tempahan jahitan pakaian. Program seperti ini membantu menambah pelanggan dan memperkenalkan lagi perkhidmatan yang saya tawarkan,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Sementara itu, Mohd Abd Karim@Fani Mohamad, 43, dari Binjai berkata platform yang disediakan KEMAS membuka ruang kepada usahawan tempatan untuk mengembangkan perniagaan serta memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat setempat.

Program Jualan Syok Gaji @KEMAS Kemaman dilihat sebagai satu usaha berterusan KEMAS dalam memperkukuh ekonomi komuniti serta meningkatkan daya saing usahawan tempatan di daerah ini.

-AA-

Tinggalkan komen anda