Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kejohanan Memanah Tradisional Antara Madrasah Tawau Dijadikan Acara Tahunan

By 32 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Awangku Marzuki Ag Latip/Hendry Nurdin (Tawau)

TAWAU, 22 Jun (MalaysiaAktif)– Kejohanan Memanah Tradisional Belia dan Beliawanis Madrasah Peringkat Daerah Tawau dicadang dijadikan acara tahunan bagi memperkasakan pembangunan belia serta melahirkan generasi yang seimbang dalam bidang agama dan sukan.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata khttps://malaysiaaktif.my/2026/06/kejohanan-memana…an-acara-tahunan/ejohanan itu juga wajar dijadikan sebahagian daripada takwim tahunan madrasah dan sekolah tahfiz di daerah berkenaan.

Jelasnya, penganjuran kejohanan seumpama itu akan memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat dalam sukan memanah tradisional dengan sokongan dan bimbingan organisasi sukan yang berkaliber.

“Kejohanan hasil kerjasama Persatuan Ahli Khidmat Umat Sabah dan Persatuan Memanah Daerah Tawau dengan sokongan Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sabah (JHEAINS) Tawau ini merupakan inisiatif yang mampu membentuk sahsiah belia secara menyeluruh.

“Sukan memanah merupakan salah satu sukan yang diminati dan disukai oleh Nabi Muhammad SAW. Anak-anak yang belajar di madrasah bukan sahaja dapat mendalami ilmu agama, malah berpeluang menjadi atlet yang berjaya dalam bidang kesukanan.

“Saya mencadangkan agar Kejohanan Memanah Antara Madrasah di Tawau ini dijadikan acara tahunan dan menjadi taqwim kepada madrasah serta sekolah tahfiz di daerah ini agar anak-anak kita dapat menyeimbangkan tuntutan dunia dan akhirat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Memanah Tradisional Belia dan Beliawanis Madrasah Peringkat Daerah Tawau 2026 di Venue Range Kelab Memanah Tradisional KRABAT, semalam.

Menurut beliau, kerajaan negeri melalui portfolio belia dan sukan akan terus menyokong usaha tersebut supaya kejohanan berkenaan dapat diteruskan setiap tahun sebagai platform pembangunan bakat belia.

“Walaupun sukan memanah tradisional belum dipertandingkan di temasya utama seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia atau SUKMA, minat terhadap sukan itu terus berkembang menerusi pelbagai kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Atlet dari Tawau juga pernah mewakili pertandingan antarabangsa dan berjaya mencatatkan pencapaian membanggakan, sekali gus membuktikan sukan warisan ini mempunyai potensi besar untuk terus diperkasakan di negeri ini,” ujarnya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda