Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

KPDN Pahang Bongkar Stor Haram LPG, Sitaan Lebih RM405,000

By 5 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Akmar Zulkifli (Pahang)/KPDN Negeri Pahang

KUANTAN, 23 Jun (MalaysiaAktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang berjaya membongkar sebuah stor penyimpanan gas petroleum cecair (LPG) tanpa kebenaran dalam operasi khas Ops Tiris 4.0 Bersepadu yang dijalankan di Bentong, semalam.

Serbuan hasil risikan selama dua minggu itu menemukan sebanyak 829 tong LPG pelbagai kapasiti yang disimpan di dalam sebuah motolori semi trailer di kawasan berpagar yang dipercayai dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan berjadual.

Pengarah KPDN Negeri Pahang, Jezlily Jamaluddin berkata siasatan awal mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen atau kebenaran sah daripada Pengawal Bekalan untuk menyimpan barang kawalan berjadual sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

“KPDN telah menyita LPG, tong LPG, dokumen berkaitan, sebuah motolori bersama semi trailer serta beberapa barangan lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

“Nilai keseluruhan sitaan dianggarkan berjumlah RM405,338 dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.

Menurut beliau, mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk denda yang tinggi serta hukuman penjara sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

-FN

Tinggalkan komen anda