
Laporan/foto: Syamilah Yusman (Johor)/Facebook Kementerian Perpaduan Negara
JOHOR BAHRU, 24 Jun (MalaysiaAktif) – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mengumumkan tiga langkah strategik bagi memperkukuh dan mentransformasikan sektor permuziuman negara sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (FHMAPK) 2026.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata langkah tersebut merangkumi pengenalan Geran Padanan Muzium, penggubalan Rang Undang-Undang Muzium Malaysia (RUUMM) serta pembangunan Muzium Alam Semula Jadi Malaysia di Putrajaya.
“Inisiatif berkenaan akan memperkukuh peranan institusi muzium sebagai pusat pemeliharaan warisan, pendidikan dan perpaduan masyarakat selaras dengan perkembangan semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan FHMAPK 2026 yang bertemakan “Museums Uniting a Divided World” di Angsana Mall Johor Bahru, di sini hari ini.
Menurutnya, festival anjuran Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor dan kerajaan negeri Johor itu turut menandakan sambutan 30 tahun Hari Muzium Antarabangsa di Malaysia.
Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pengurusan) Dato’ Ismail Abu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Datin Paduka Hazlina Jalil, Pengarah Yayasan Warisan Johor Nor Syazlan Abd. Razak dan Pengarah Tourism Johor Mohammad Nazrul Abd Rahim.
-FN




