Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Lawas Dragon Boat 2026 Tarik Penyertaan Rentas Sempadan

By 2 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Asri Dalim (Lawas)

LAWAS, 22 Jun (MalaysiaAktif) – Penganjuran Lawas Dragon Boat 2026 terus mendapat sambutan memberangsangkan apabila menghimpunkan 39 pasukan dari Sarawak, Sabah dan Negara Brunei Darussalam.

Pengunjung, Salehan Samlin, 34, berkata beliau teruja menyaksikan perlumbaan perahu naga di Lawas buat kali pertama.

“Ini merupakan kali pertama saya hadir menyaksikan acara Lumba Perahu Naga di Lawas dan saya melihat sambutannya memang sangat meriah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Salehan, penganjuran sukan seumpama itu wajar diteruskan pada masa hadapan kerana mampu memeriahkan suasana kawasan setempat.

Beliau menjelaskan bahawa program tersebut berpotensi menarik lebih ramai pengunjung serta memperkenalkan daerah ini sebagai destinasi acara sukan.

Tambah beliau, sebanyak 20 pasukan dari Sarawak mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.

Jumlah itu katanya diikuti dengan 14 pasukan dari Sabah dan lima pasukan dari Negara Brunei Darussalam.

Untuk rekod, Lawas Dragon Boat 2026 merupakan edisi kedua penganjurannya selepas diperkenalkan buat julung kali pada tahun lepas.

-RJ-

Tinggalkan komen anda