Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Program Randau Komuniti Kukuh Hubungan Kerajaan, Rakyat

By 13 Jun 2026Jun 15th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Daniel Jong/Budin Gumbang (Kapit)

KAPIT, 13 Jun (MalaysiaAktif) – Program Randau Komuniti yang diadakan di Rumah Panjang Batu Berdiri, Sungai Yong hari ini menjadi platform berkesan dalam memperkukuh hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui penyampaian maklumat secara terus kepada masyarakat luar bandar.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit Unyat menyatakan program seumpama itu merupakan usaha proaktif untuk memastikan maklumat berkaitan dasar dan agenda pembangunan dapat difahami oleh rakyat.

Langkah berkenaan juga memfokuskan kepada penyampaian maklumat yang lebih menyeluruh, khususnya bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman negeri ini.

“Program seperti ini amat penting kerana ia menjadi platform untuk kita berinteraksi secara langsung, berkongsi pandangan serta memperkukuhkan hubungan antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi,” katanya ketika menyempurnakan program itu, semalam.

Seorang ketua kampung, William Unchat Batat, 70, menyifatkan program tersebut sebagai inisiatif yang sangat bermanfaat kepada komuniti setempat.

Penganjuran aktiviti ini membolehkan penduduk mendapatkan maklumat penting secara terus daripada agensi kerajaan tanpa perlu berulang-alik ke pejabat berkaitan di bandar.

-RJ-

Tinggalkan komen anda