Skip to main content
Berita TempatanSabah

SUKOV, Lahirkan Generasi Muda Seimbang Dalam Aspek Akademik, Sukan dan Sahsiah

By 16 seconds yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Ainah Liman (Keningau)

KENINGAU, 17 Jun (MalaysiaAktif)– Sukan Kolej Vokasional (SUKOV) memainkan peranan penting bagi memperkukuh semangat kesukanan serta nilai perpaduan di samping bertindak sebagai platform mengembangkan bakat sukan dalam kalangan warga kolej vokasional.

Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Lumang Lang berkata penganjuran SUKOV turut menjadi medium terbaik dalam memupuk hubungan erat antara pelajar dan warga institusi sekali gus melahirkan generasi yang seimbang dari aspek akademik, kemahiran dan sahsiah.

“Kejayaan penganjuran kejohanan tersebut adalah hasil kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat, termasuk pengurusan kolej vokasional, kontinjen, pegawai, jurulatih, atlet dan sukarelawan.

“Kepada para pemenang, tahniah atas kejayaan yang diraih dan teruskan usaha anda, semoga lebih banyak kejayaan dilakar di peringkat kebangsaan nanti.

“SUKOV bukan sahaja menjadi platform mencungkil bakat sukan pelajar, malah turut memperkukuh semangat kesukanan, perpaduan dan persahabatan dalam kalangan warga Kolej Vokasional Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penutupan Kejohanan SUKOV Madani Peringkat Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan 2026 di Kompleks Sukan Keningau semalam.

Kejohanan yang berlangsung selama empat hari bermula 13 hingga 16 Jun itu menghimpunkan atlet daripada sembulan kolej vokasional dari seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam pelbagai acara sukan.

Keputusan penuh menyaksikan Kolej Vokasional Lahad Datu dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan dalam Kejohanan SUKOV 2026 diikuti Kolej Vokasional Keningau sebagai naib johan dan Kolej Vokasional Kudat di tempat ketiga.

-RJ-

Tinggalkan komen anda