Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

Bekas Tentera Tanpa Pencen Tetap Dihargai

By 6 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fauziah Abdullah (Seremban)/Khairul Nizam Mat Yunus (Negeri Sembilan) 

NILAI, 6 Sep (Malaysiaaktif) – Program Merdeka@Komuniti Peringkat Daerah Seremban dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah (PPD) Seremban, Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) MyFundAction dan Al-Baasith menyantuni bekas tentera tidak berpencen di sekitar daerah Seremban.

Penolong Pengarah Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) Jabatan Penerangan Negeri Sembilan Shazira Yahya, berkata program ini merupakan kerjasama strategik yang dilaksanakan bagi membantu golongan yang memerlukan terutama ketika negara kita dilanda pandemik COVID-19.

“Mereka ini merupakan wira yang telah menabur bakti menjaga keamanan negara dan wajar dihargai bukan sahaja semasa perkhidmatan malah sepanjang hayat.

“Kami berharap usaha ini mampu menzahirkan penghargaan kepada mereka kerana mereka ini telah berjasa kepada negara namun atas sebab-sebab tertentu terpaksa menamatkan perkhidmatan lebih awal dan tidak mendapat pencen malah ada yang mengalami masalah kesihatan,” ujarnya yang ditemui di Pusat Maklumat Rakyat Daerah Seremban (PMR), di sini kelmarin.

Selain menerima sumbangan barangan keperluan harian, mereka juga turut menerima Jalur Gemilang sebagai simbolik Bulan Kebangsaan yang diserahkan sendiri oleh Pegawai Penerangan Daerah Seremban.

Pemasangan bendera di rumah salah seorang bekas tentera sebagai simbolik Bulan Kebangsaan.

Pemasangan bendera di rumah salah seorang bekas tentera sebagai simbolik Bulan Kebangsaan.

Turut hadir, Pengerusi Al-Baasith Mohd Khairul Nizam Khairuddin, Pengerusi MANIS Arfi Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam MyFundAction Sharifah Salwa Syed Abdul Rahman.

-FF

Tinggalkan komen anda