Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Fasa 3 Peluang ADUN Bukit Besi Bertemu Masyarakat

By 20 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aneta Ahmad/Zulkifli Othman (Dungun)

DUNGUN, 20 Sep (Malaysiaaktif) – Peralihan Fasa Dua kepada Fasa Tiga dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 17 September lalu di Negeri Terengganu memberi peluang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi Roslee Daud, untuk bertemu dengan masyarakat terutamanya golongan yang kurang bernasib baik menerusi program turun padang Sepakat@Komuniti Daerah Dungun di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Bukit Besi.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Dungun bersama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang telah digariskan oleh kerajaan dan kepentingan masyarakat memahami konsep Keluarga Malaysia dalam situasi penularan COVID-19 juga peranan penduduk bagi berdepan dengan fasa endemik COVID-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud ambil peluang bersemuka dengan penerima bantuan dalam fasa 3 PPN.

Roslee ambil peluang bersemuka dengan penerima bantuan dalam fasa 3 PPN.

Menurut Roslee, sebelum ini masyarakat hanya dapat dihubungi dengan panggilan telefon kerana keterbatasan untuk bertemu secara bersemuka.

“Peralihan Fasa dua kepada Fasa tiga ini memberi peluang untuk saya bertemu secara terus dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Dalam program ini diadakan penyampaian sumbangan berbentuk keperluan harian kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti ibu tunggal dan golongan yang terkesan dengan pandemik,” katanya ketika menyantuni penduduk setempat, di sini baru-baru ini.

Penyampaian sumbangan dalam program Sepakat@komuniti Daerah Dungun.

Penyampaian sumbangan dalam program Sepakat@komuniti Daerah Dungun.

Tambah beliau, setiap sumbangan yang diberikan mengandungi barangan keperluan harian seperti susu krimer manis, beras, gula, minyak masak, tepung serta bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia.

Bagi Mohd Sabri Mohd Yatim, 47, salah seorang penerima sumbangan kerana isterinya mengalami strok, berkata program sebegini dapat memberikan mereka semangat untuk meneruskan kehidupan dan bersama bergandingan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dengan mengamalkan cara hidup yang lebih baik.

Sementara itu, Sunita Ghani, 47, seorang tukang jahit yang ditemui, berkata masyarakat di AMBS kini amat peka dengan keadaan sekarang yang memerlukan kerjasama semua pihak dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk memastikan kesejahteraan hidup.

Sunita Ghani, 47 berharap semua pihak patuh kepada arahan pihak berwajib.

Sunita berharap semua pihak patuh kepada arahan pihak berwajib.

“Orang kampung kini sudah boleh menjalankan aktiviti eonomi seperti biasa dan yang penting sentiasa patuh dengan arahan pihak berwajib.

Ia juga adalah sebahagian daripada usaha bagi merapatkan hubungan agensi kerajaan bersama masyarakat,” katanya.

-ii-

Tinggalkan komen anda