Skip to main content
Berita SelatanNegeri Sembilan

[KEMAS KINI] Mualaf Kampung Kedat Gembira Terima Bantuan Rumah

By 29 September 2021Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Masitah Mat Zin (Seremban)

SEREMBAN, 29 Sep (Malaysiaaktif) – Seorang penduduk Kampung Orang Asli Kedat di sini berbesar hati mewakafkan sebahagian daripada tanah miliknya untuk pembinaan surau di kampung tersebut.

Dalam masa sama, Faridah Gayut, 48, turut memohon bantuan pembinaan rumah melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sebagai asnaf mualaf dan permohonannya itu berjaya.

Menurut Setiausaha MAINS Ahmad Husaini Mustafa, rumah berkeluasan lebih kurang 700 kaki persegi yang  dibina adalah hasil kutipan zakat dan merupakan amanah yang telah disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

“Sebahagian tanah milik Faridah sebelum ini telah diwakafkan bagi pembinaan Surau Kampung Orang Asli Kedat, Mantin Dalam sebelum ini dan hasil permohonan beliau bagi mendapatkan bantuan pembinaan rumah melalui asnaf mualaf telah diluluskan dan hari ini majlis ringkas penyerahan kunci rumah yang dibina bersebelahan surau tersebut diadakan.

Sekitar majlis berlangsung.

Sekitar majlis berlangsung.

“Pembinaan surau di kampung ini juga adalah antara usaha awal bagi mengembangkan dakwah Islam dalam kalangan orang asli di Kampung Kedat khususnya dan setakat ini tujuh buah keluarga telah memeluk Islam daripada 60 buah keluarga keseluruhannya,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Rumah Baitul Rahmah, di sini semalam.

Dalam pada itu, Faridah melahirkan rasa kesyukuran atas bantuan yang diterima dan merasakan sinar baharu buatnya sekeluarga apabila mendapat rumah tersebut.

“Syukur Alhamdulillah setelah sekian lama saya dan beberapa penduduk di kawasan ini telah mendapat bantuan rumah ini, kami akan menggunakan sebaik mungkin dan terima kasih tidak terhingga kepada MAINS dan semua pihak yang terlibat atas bantuan ini,” ujarnya.

Replika kunci sedang disampaikan kepada Puan Faridah.

Replika kunci diserahkan kepada Faridah (tengah).

Turut hadir Ketua Jabatan Zakat MAINS, Datuk Nor Azmi Musa, Penyelaras Penggerak Masyarakat Orang Asli Negeri Sembilan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Redzuan Ramli, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Agihan MAINS Mahadi Ali, Penolong Pengarah Unit Ukhwah JHEAINS Nor Azlim Mat Sidik dan Penggerak Masyarakat Orang Asli Kampung Kedat Mohd. Amli Yaakop.

-FF

Tinggalkan komen anda