
Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)/FB Mohd Redzuan Yusof
ALOR GAJAH, 30 Sep (Malaysiaaktif) – Program penyampaian bantuan barangan keperluan harian anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Alor Gajah dilaksanakan kepada penduduk khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya mengikut norma baharu secara pandu lalu.
Menurut Ahli Parlimen Alor Gajah Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, beliau sentiasa bersama-sama dan membantu masyarakat dalam meningkatkan mutu kehidupan dan kebajikan mereka terutama pada musim pandemik COVID-19 ini.
“Ianya turut memberi ruang kepada penduduk tempatan untuk menyampaikan permasalahan setempat kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Alor Gajah.
“Saya juga berharap agar masyarakat mengambil peluang untuk berkongsi mengenai permasalahan mereka dalam masa yang sukar ini dan akan sentiasa bersama dengan rakyat dalam mendepani cabaran pasca pandemik COVID-19,” katanya ketika menyampaikan bantuan di Taman Mawar Machap Umboo, di sini baru-baru ini.
-FF