
Laporan/foto : Fasharina Kholil/Hamsar Abdullah Sani (Sik)
SIK, 5 Okt (Malaysiaaktif) – MARA Emergency Response Team (MERT), Institut Kemahiran MARA (IKM) Sik mempergiatkan kerja-kerja sanitasi bagi membendung penularan COVID-19.
Menurut pensyarah Kejuruteraan Elektrik IKM yang juga bertugas sebagai salah seorang anggota MERT, Hamsar Abdullah Sani, penubuhan MERT adalah kesinambungan daripada Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) yang ditubuhkan pada sekitar tahun 2014.
“Bertepatan dengan situasi pandemik, MERT proaktif dalam menjalankan aktiviti sanitasi dan ia bukanlah sekadar satu aktiviti sukarela untuk pembangunan masyarakat, tetapi merupakan satu platform IKM bagi mengeraktan silaturahim,” katanya.
Tambahnya, MERTĀ terbahagi kepaada beberapa unit berdasarkan kepakaran pengurusan bencana serta Ā keselamatan danĀ dianggotaiĀ 29 orang kakitangan IKM Sik di semua peringkat jawatan.
“Sejak daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 1 hingga ke hari ini, pihak MERT sering menerima jemputan untuk proses sanitasi daripada jabatan kerajaan, sekolah serta institusi pendidikan lain sekitar Kedah.
“Semua proses sanitasi dijalankan dengan teliti termasuklahĀ memakai Pakaian Perlindungan Diri (PPE) yang serba lengkap dalam mencapai proses sanitasi yang optimum,” ujarnya lagi.
Menurut Hamsar, proses iniĀ untukĀ membasmi kumanĀ diĀ kawasan atau tempatĀ yang berpotensi tercemarĀ Ā membendungĀ risiko penularan wabak COVID-19.

Salah seorang anggota MERT sedang menjalankan proses sanitasi di Masjid Al Abrar, Kg. Danglau semalam.
“Penglibatan MERTĀ hampir setiap minggu dalam proses disinfeksiĀ menunjukkan peningkatan kesedaran serta tahap kepatuhan orang awam mengenai bahaya COVID-19 bagi membantu kerajaanĀ membendungĀ pandemik COVID-19.
“ProsesĀ disinfeksiĀ bertujuan meminimakan risiko penularan COVID-19 dan memastikan persekitaran berada dalam keadaan selamat, kondusif serta terkawal dan tiada sebarang bayaran dikenakan kerana semua kos pelaksanaan dibiayai IKM sepenuhnya,” ujar pensyarah Kejuruteraan Elektrik ini ketika dihubungi di IKM Sik, di sini semalam.
MERT baru sahaja menerima Sijil Pentauliahan Pasukan Cdert Negeri KedahĀ dan kini ia turut bertanggungjawab sebagai pasukan tindak balas di IKM.
~RJ~