Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Sambutan Hari Seniman Meningkatkan Kesedaran dan Apresiasi Masyarakat Terhadap Peranan Seni Budaya Tanpa Mengira Bangsa dalam Penyatuan #KeluargaMalaysia

By 22 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini binti Hanapiah/Anuar Che Amat

ARAU, 22 Mac (Malaysiaaktif) – YB. Rozieana bt Ahmad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Negeri Perlis sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri telah menyempurnakan Sambutan Hari Seniman peringkat negeri Perlis bertempat di Nira Klasik Simpang Empat, Arau.

Sambutan Hari Seniman peringkat negeri ini telah dianjurkan oleh FINAS Zon Utara dengan kerjasama Jabatan Penerangan negeri Perlis.

Program pada hari ini turut mendapat sokongan dengan dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Penyelaras K-KOMM dan juga warga Seniman negeri Perlis.

Hari Seniman yang kini disambut pada setiap 22 Mac 2022 setiap tahun dan bukan lagi pada 29 Mei seperti tahun-tahun sebelumnya.

Secara tidak langsung Sambutan Hari Seniman ini akan meningkatkan kesedaran dari apresiasi masyarakat terhadap peranan seni budaya tanpa mengira bangsa khususnya ke arah penyatuan Keluarga Malaysia.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda