Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Promosikan Sukan Woodball di Dungun

By 7 Jun 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aneta Ahmad (Dungun)/Persatuan Woodball Negeri Terengganu

DUNGUN, 7 Jun (Malaysiaaktif) – Kejohanan Woodball Terbuka Terengganu 2022 Sirkit Kebangsaan Siri Dua telah mencapai matlamat untuk mempromosikan sukan woodball kepada masyarakat setempat dan mempromosikan negeri Terengganu kepada semua peserta yang menyertai kejohanan selama empat hari  itu di Arena Square, di sini baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah dalam ucapan perasmian penutup kejohanan, penganjuran kejohanan sebegini dapat mencungkil bakat dan melahirkan bukan sahaja atlet yang cemerlang bahkan barisan teknikal dan kepegawaian yang berkaliber dan professional.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Woodball Negeri Terengganu, Pejabat Daerah Dungun dan Majlis Sukan Negara Negeri Terengganu ini membabitkan 304 orang peserta dengan 16 kontinjen dari sembilan negeri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda