
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat
KANGAR, 28 Jul (Malaysiaaktif) – Sempena Bulan Kebangsaan yang akan disambut pada bulan hadapan pelbagai program diatur bagi menyemarakkan dan menaikkan semangat Patriotisme dalam kalangan rakyat.
Menurut Pengarah Penerangan negeri Perlis Azrul Hasan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Negeri Perlis pada Sabtu ini diadakan serentak dengan majlis peringkat kebangsaan yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri di Putrajaya.
“Majlis di peringkat Negeri Perlis ini akan diadakan di Denai Larian, Pengkalan Asam dengan pendaftaran bermula jam 7.30 pagi.
“Ayuh rakyat negeri Perlis, kita semarakkan Bulan Kebangsaan, sertai program ini dengan pakaian warna-warni Jalur Gemilang, bawa bersama ahli keluarga bagi menunjukkan solidariti masyarakat di negeri Perlis,” ujarnya ketika sesi temu bual slot Rencah Feminin di konti radio PERLISfm, di sini hari ini.
-ZS-