
Laporan/foto: Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)
JELEBU, 20 OGOS (Malaysiaaktif) – Dalam menyemarakkan aspirasi Keluarga Malaysia melalui ciri keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan telah mengadakan ‘Karnival Semarak UNITI Merdeka Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ di Pekan Kuala Klawang.
Karnival yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi ini telah dirasmikan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Jelebu Jalaluddin Alias.
“Perpaduan merupakan satu manifestasi terjemahan cinta kepada negara dan konsep aspirasi Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri,” kata beliau ketika ucapan perasmian.
Beliau turut berterima kasih kepada Menteri Perpaduan Negara kerana memilih Parlimen Jelebu sebagai lokasi acara peringkat negeri.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya Senam Harmoni, ‘Fun Walk’ Keluarga Malaysia Teguh Bersama, Mewarna Si Cilik, Busana Si Cilik, Sukan Rakyat, Dekorasi Hiasan Kek, Tukar Sampah Kepada Tunai dan pelbagai pameran tentang kesihatan.
-ZS-