Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Konvoi Merdeka Hangatkan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022

By 29 Ogos 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Hafif Zainurdin/Nor Juliana Jamri (Hulu Langat)

HULU LANGAT, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – Menjelang sambutan Hari Kebangsaan 2022 tidak lama lagi, konvoi merdeka bersama agensi dalam daerah Hulu Langat dan kelab kereta di Dewan Undangan Negeri Dusun Tua diadakan semalam.

Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Komuniti Keluarga Malaysia Dusun Tua dan Komuniti Keluarga Malaysia Mukim Cheras telah menjelajah ke beberapa lokasi bagi mengedarkan Jalur Gemilang dan menyampaikan bantuan beras kepada masyarakat tempatan.

Noor Sazarina Mohd Noor mewakili Pegawai Penerangan Daerah Hulu Langat berkata sebanyak 200 kampit beras disumbangkan kepada penerima yang terdiri daripada golongan B40 dan edaran Jalur Gemilang kepada orang ramai. Program ini turut disertai agensi Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Angkatan Pertahanan Awam Daerah Hulu Langat dan Kelab Honda Accord G8 Revolusi Malaysia (ARMY).

“Program ini bertujuan untuk menggelorakan Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 dengan menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman, premis perniagaan dan kenderaan masing-masing,” katanya ketika ditemui semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda