
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/KPDNHEP Selangor
SHAH ALAM, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor memaklumkan telah merampas sebuah kapal tongkang disyaki menjual diesel secara tidak sah ketika serbuan pihak polis di kawasan paya bakau berdekatan Pantai Aceh, Pulau Indah, Klang pada Selasa.
Pengarah KPDNHEP Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey, berkata berdasarkan maklumat awal daripada pasukan serbuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipercayai wujud aktiviti pemindahan barang kawalan bersubsidi bahan api jenis diesel.
“Hasil pemeriksaan bersama PDRM Bukit Aman mendapati ‘barge vessel’ terbabit disyaki dijadikan tempat simpanan diesel bersubsidi tanpa dokumen yang sah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Memurutnya, lima orang telah ditahan termasuk seorang warga asing untuk direman bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
-ZS-