
Laporan/foto : Ahmad Faisal (Kuala Kangsar)/Mohammad Ezwandi (Ipoh)
KUALA KANGSAR, 16 Sept (Malaysiaaktif) – Perpaduan rakyat, agama dan wilayah adalah tunjang kekuatan sebuah negara bangsa yang berjaya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderoh, Datuk Zainun Mat Noor menyeru rakyat agar menghayati Hari Malaysia dengan membulatkan tekad, memperkukuhkan azam dan semangat perpaduan antara kaum.
“Oleh itu, perkukuhkanlah perpaduan kerana dengan semangat perpaduan kaum dan integrasi nasional yang jitu, kita akan menempa lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” ujarnya ketika berucap merasmikan Program Merdeka@Parlimen Padang Rengas di Arena Terbuka Pekan Kati, di sini, semalam.
Sebanyak 28 kontinjen terdiri daripada pelajar sekolah dan kakitangan agensi termasuk badan beruniform menyertai perarakan dan perbarisan sempena sambutan Hari Malaysia menerusi program berkenaan.
-ZS-