
Laporan/foto: Norlia Mili (Sarawak)
KUCHING, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Sempena sambutan ulang tahun ke-10 Kelab Peminat P. Ramlee Sarawak (KPPRS), Dewan Bahasa dan Budaya (DBP) Sarawak dan KPPRS menganjurkan seminar apresiasi karya P. Ramlee di Balai Budaya DBP, di sini baru-baru ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali hadir merasmikan seminar apresiasi karya P. Ramlee dan pelancaran buku 10 tahun KPPSR.
“Seminar ini bertujuan menghimpun peminat Seniman Agung P. Ramlee yang terdiri daripada pengkaji, pengkritik, penganalisis dan peminat biasa bagi menyediakan ruang dan peluang untuk berkongsi pandangan dan pemikiran tentang sumbangan P. Ramlee,” kata Dr. Adi, Presiden KPPRS
Terdahulu, seramai 200 peserta secara bersemuka dan 1,000 dalam mengikuti pembentangan 12 kertas kerja, forum, tayangan khas dan persembahan khas berpandukan tema Karya P Ramlee – Malar Segar.
-ZS-