Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Pembinaan Baharu Komplek HIKMAH Kukuh Dakwah Islam Sarawak

By 7 Oktober 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Judy Henry (Sarawak)

KUCHING, 7 Okt (Malaysiaaktif) – Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg menyempurnakan majlis pecah tanah Komplek baharu Ibupejabat HIKMAH dan Bangunan Sekolah Tahfiz seluas 10 ekar bertempat di Petrajaya, pagi tadi.

“Majlis pecah tanah hari ini adalah simbolik permulaan kepada pembangunan sebuah bangunan yang akan mengukuhkan lagi pentadbiran dakwah kepada masyarakat Islam di bumi Sarawak, terutama sekali kepada saudara kita yang baharu memeluk Islam di pedalaman Sarawak.

Selain daripada itu, pelajar Sekolah Tahfiz HIKMAH yang dibentuk dengan sistem Tahfiz juga memberi peluang kepada pelajar menjadi profesional dalam pelbagai bidang kerana dilakukan berpaksikan panduan agama,” kata Abang Johari.

-ZS-

Tinggalkan komen anda