Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPahang

Bulan Syaaban Diisytiharkan Sebagai ‘Bulan Zakat dan Wakaf’ Negeri Pahang

By 22 Februari 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Radiah Rahim/Azhan Mahayudin

KUANTAN, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Bulan Syaaban diisytiharkan sebagai ‘Bulan Zakat dan Wakaf’ Peringkat Negeri Pahang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Datuk Ahmad Hairi Hussain, terdapat 100 aktiviti yang dirancang oleh pihak Pusat Zakat dan Wakaf Pahang bagi mengimarahkan bulan Syaaban dengan ibadah zakat dan wakaf menjelang bulan Ramadan akan diadakan di seluruh daerah dalam Negeri Pahang.

“Selaras dengan tema Bulan Zakat dan Wakaf  “Zakat Satu Kewajipan, Wakaf Pahala Berkekalan” adalah diharapkan agar impak pembayaran zakat dan wakaf dapat diperolehi ketika bulan Ramadan,” ujarnya ketika berucap merasmikan Bulan Zakat dan Wakaf Negeri Pahang, di sini, hari ini.

“Tujuan utama melancarkan program ini juga adalah untuk mewujudkan kerjasama dengan pihak luar bagi meningkatkan kesedaran berzakat dan berwakaf di kalangan kakitangan awam dan swasta serta penduduk Islam di Pahang,” katanya lagi.

Beliau turut berhasrat agar program sambutan ini adalah satu wadah dalam aktiviti pemupukan, penghayatan dan pengembangan ilmu wakaf dalam diri masyarakat serta mengalakkan penglibatan orang ramai dalam berwakaf bagi meningkatkan dana wakaf untuk disalurkan kepada projek-projek wakaf.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda