Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pertanian Moden Bantu Wujud Pekerjaan

By 13 Mac 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorsiah Mahmud (Sabah)

PENAMPANG, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Selain menjana pendapatan individu, kini pertanian moden iaitu secara aquaponik mampu mewujudkan peluang pekerjaan.

Usahawan tani aquaponik, Gerald Thomas Wong, 34, berkata enam peluang pekerjaan yang dapat ditawarkan melalui penanaman sayur merupakan suatu pencapaian yang menjadi kebanggaannya sejak beroperasi pada tahun 2018.

“Sewaktu kita kecil, kita dididik untuk belajar bagus-bagus supaya dapat pekerjaan yang baik, tetapi kita kurang diberi penekanan untuk belajar agar mampu memberi peluang pekerjaan kepada orang lain,” katanya ketika ditemui di Farm Tokou, baru-baru ini.

Selain usahanya sendiri, Gerald berkongsi turut mendapat bimbingan, bantuan kewangan dan kemudahan daripada agensi kerajaan seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Pembanguna Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), Jabatan Pertanian Sabah dan Pertubuhan Peladang Penampang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda