Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Penghayatan Rukun Negara Membentuk Sahsiah Insan Bertaqwa

By 16 April 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Amiruddin Adli Ishak

ALOR GAJAH, 16 Apr (Malaysiaaktif) – Sempena bulan Ramadan al-Mubarak, satu tazkirah mengenai penghayatan Rukun Negara telah berlangsung bersama pelajar Maahad Tahfiz Darul Quran Wal Qiraat di Machap Jaya, di sini baru-baru ini.

Tazkirah ini merupakan inisiatif sebagai satu pengisian sempena bulan Ramadan yang mulia ini bagi menanam dan membentuk sahsiah para pelajar menjadi insan bertaqwa berlandaskan prinsip Rukun Negara.

“Prinsip Rukun Negara yang kelima, Kesopanan dan Kesusilaan menekankan adab dan tingkah laku manusia.

“Biar kurang ilmu tetapi beradab daripada berilmu dan tidak beradab,” jelas Habib Syed Mohammad Baqir yang turut bersama berkongsi ilmu bersama anak-anak tahfiz bersempena dengan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) anjuran Pejabat Penerangan Alor Gajah.

Turut hadir Penolong Pengarah Gerak Saraf Pengurusan Isu Jabatan Penerangan Melaka Redzuan Musa dan Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah Salina Hasan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda