
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah
KANGAR, 18 Apr (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perlis pada hari ini telah mengeluarkan kenyataan berkaitan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2023 bagi negeri Perlis.
Menurut Pengarah KPDN Negeri Perlis Norazah Jaapar, seramai 38 petugas penguat kuasa KPDN Negeri Perlis akan bertugas bagi memastikan pemantauan dan pemeriksaan bagi pelaksanaan SHMPP di Negeri Perlis yang bermula 15 hingga 30 April ini.
Sebanyak 24 barangan terpilih dikawal di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 yang melibatkan kategori daging, hasil laut, sayuran dan barangan kering.
“Tujuan skim harga maksimum ini adalah sebagai langkah KPDN menstabilkan harga barangan dan memastikan keberadaan bekalan di pasaran, sebelum, semasa dan selepas perayaan hari raya,” ujarnya.
-ZS-