Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pertandingan Perlumbaan Drone Pupuk Minat Belia dalam Sains dan Teknologi

By 9 Mei 2023Mei 16th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip/Mohd Maqdi Salleh (Sabah)

TAWAU, 9 Mei (Malaysiaaktif) – Program Tawau International Drone Multi GP Challenge 2023 diadakan untuk memupuk minat belia dan remaja dalam Sains dan Teknologi.

Menurut Pengerusi Kelab Drone Tawau Muhammad Ikhsan Wahap program tersebut dapat memberi pendedahan terhadap perkembangan revolusi teknologi industri 4.0 (IR 4.0).

“Penyertaan juruterbang dron daripada seluruh Malaysia dan negara Brunei pada pertandingan ini memberi peluang untuk kita menimba ilmu berkaitan teknologi dron itu sendiri.

“Oleh itu, kita harap menerusi program ini dapat memupuk kesedaran, memberikan pengetahuan asas penerbangan dan undang-undang penerbangan dron,” ujarnya ketika ditemui pada Pertandingan Tawau International Drone Multi GP Challenge 2023, di sini pada Ahad.

Sementara itu, pemenang utama, Amiruddin Mohamad Khairi, 21, dari Kuala Lumpur memuji penganjuran pertandingan tersebut.

“Bagi saya acara berjalan dengan lancar, jadual dan semua persiapan adalah terbaik.

“Sasaran saya menyertai pertandingan hanya untuk seronok dan bergembira bersama rakan-rakan sedunia,” kongsinya.

Untuk rekod, program ini merupakan anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bermula pada 6 hingga 7 Mei 2023 lalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda