
Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)
AYER KEROH, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Jualan Agro Madani Melaka Agrofest 2023 yang bermula semalam sehingga esok menjadi tumpuanĀ warga Melaka.
Tema āSekuriti Makanan Tanggungjawab BersamāĀ dipilih pada penganjuran Melaka Agrofest 2023 untuk membawa sektor pertanian lebih dekat dengan masyarakat awam selain memupuk kerjasama antara golongan petani dan golongan bukan petani dalam mendukung agenda sekuriti makanan negara dan Negeri Melaka khususnya.
Menurut pengunjung Nazaruddin Karim,Ā 35, program hari ini sudah lama dinanti-nantikannya.
āSelain mendapat maklumat daripada agensi kerajaan kita boleh mendapatkan keperluan harian seperti telor, ayam, ikanĀ dan sayur-sayuran dengan harga yang jauh lebih murah.
“Harga yang ditawarkan disini amat berpatutan dan sudah pasti dapat mengurangkan kos pembelanjaan harian keluarga,” ujarnya.
Penganjuran Melaka Agro Market (MAM) dan Program āSouq SubuhāĀ berkonsepkan jualan terus dari ladang dengan tawaran harga 30 peratus lebih rendah daripadaĀ harga pasaran.
-ZS-