
Laporan/foto: Mohd Saipul Nizam Ibrahim/Muhammad Al-Tarmizi Azmi
KULAI, 31 Jul (Malaysiaaktif) – Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2023 di Dewan Kampung Sri Paya, di sini kelmarin telah melibatkan penduduk kampung khususnya golongan belia dan masyarakat sekitar.
Pegawai Daerah Kulai Haji Zainor Adani, berkata Kempen Kibar Jalur Gemilang tidak seharusnya diraikan secara bermusim pada bulan Ogos sahaja sebaliknya perlu diraikan setiap masa tanpa mengira musim kerana martabat sesebuah negara dan bangsa dapat dipertahankan dengan adanya sifat patriotik di dalam diri.
Menurut Ketua Komuniti Madani Bukit Batu Zainuddin Daem, acara sebegini dapat memupuk semangat patriotik khususnya kepada generasi anak muda dan menjadi simbolik kepada seluruh masyarakat berbilang kaum seperti yang diterjemahkan oleh Perdana Menteri melaui konsep Malaysia Madani.
Seorang pelajar Baneta Anak Patrik Liki, 15, berkata beliau serta rakan-rakan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit antara yang terpilih menyertai KMJG.
“Kami telah menawarkan diri bagi menonjolkan keunikan pakaian tradisional orang Iban iaitu Ngepan Iban.
“Rakyat Malaysia amat bertuah kerana memiliki pelbagai budaya untuk diraikan bersama,” katanya.
Turut hadir Pentadbir Tanah Daerah Kulai Nurul Naqiah Fadzil serta ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan.
-ZS-