Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Keterjaminan Makanan: Hampir 70 Warga Tani Daerah Bakal Terima Manfaat

By 18 Ogos 2023September 6th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juhannis Idris/Zairul Afendi (Batang Padang)

TAPAH, 18 Ogos (Malaysiaaktif) – Jabatan Pertanian Negeri Perak telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM387,250 kepada Pejabat Pertanian Daerah Batang Padang untuk memberi manfaat kepada hampir 70 orang warga dalam usaha memastikan jaminan bekalan makanan terus terjamin.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun, jaminan bekalan makanan perlu dititikberatkan bagi memastikan negara kita tidak bergantung kepada import hasil pertanian dari luar sebagaimana titah Sultan Perak pada sambutan Maal Hijrah baru-baru ini.

β€œHal ini akan mengakibatkan bekalan makanan negara terjejas jika negara pengeluar menaikkan harga atau menyekat pengeksportan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Penutup Hari Ladang Pejabat Pertanian Daerah Batang Padang, di sini baru-baru ini.

Tambah Mohd Zolkafly, golongan belia yang ingin mengembangkan lagi perusahaan mereka boleh memohon kursus-kursus pertanian secara percuma dan insentif seperti Geran Agropreneur Muda yang dilaksanakan sepanjang tahun 2023.

-ZS-

Tinggalkan komen anda