Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Norfaizah Adnan
KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Malaysiaaktif) ā Pembelajaran di luar bilik darjah berupaya memberikan pengalaman dan pengetahuan tentang perpaduan kepada anak-anak.
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Program Eksplorasi Merdeka @ Muzium 2023 adalah konteks memperkukuhkan perpaduan dan dilihat sebagai satu keutamaan dalam negara bukan kerana bulan itu tetapi ia adalah bersifat perjuangan panjang yang memerlukan dokongan dan sokongan daripada semua pihak
“Program iniĀ bertujuan untuk mengupayakan potensi guru-guru dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang kreatif, inovatif dan bermakna berdasarkan elemen merentas kurikulum (EMK) bagi meningkatkan minat murid terhadap PdP,ā katanya.
Fadhlina berkata demikian di Program Eksplorasi Merdeka @ Muzium 2023 di Dataran Muzium Negara, di sini semalam.
Program kerjasama antara Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Jabatan Muzium Malaysia ini melibatkan penyertaan sebanyak 207 buah sekolah dan 621 orang peserta dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan.
-ZS-