Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Usia Bukan Halangan untuk Bersukan – Fahmi Fadzil

By 20 Ogos 2023September 5th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rajeswari Anbazagan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Usia  bukanlah halangan untuk melaksanakan sebarang aktiviti riadah atau bersukan.

“Usia itu dalam akal fikiran kita, ia bukan halangan untuk melaksanakan sebarang aktiviti ataupun merencana sesuatu program dan perlu diperluaskan di seluruh negara,” kata Menteri Komunikasi dan Digital merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata demikian ketika merasmian Kejohanan Catur Terbuka Inter-Generasi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di IWK Eco Park, Pantai Dalam, di sini semalam.

Katanya, catur merupakan sukan sosial yang universal dan mempunyai banyak manfaat selain memberikan keseimbangan dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.

Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Lembah Pantai dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan kejohanan tersebut sebagai usaha memupuk minat masyarakat terhadap sukan catur.

Seramai 219 peserta terlibat termasuk dari luar negara seperti Rusia, Indonesia dan Singapura di kejohanan yang berlangsung selama dua hari bermula semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda