Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Content Creator Baharu diseru untuk Terus Berkarya Menerusi Kreativiti dan Suara Unik Mereka

By 16 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas & Lim Poh Choo (Sarawak)

KUCHING 16 Sept (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menyeru content creator baharu untuk terus berkarya menerusi kreativiti dan suara unik mereka di sini semalam.

“Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Finas telah memperuntukan sejumlah Dana Kandungan Digital (DKD) bagi menggalakkan penerbitan yang berkualiti, pembangunan bakat dan kemahiran, merangsang kreativiti dan inovasi serta wujudkan peluang pekerjaan di Sabah dan Sarawak,” katanya ketika ditemui media.

Salah seorang pempengaruh dan selebriti media sosial di Sarawak, Zameen Saini atau lebih dikenali sebagai ‘Ngektsai’, 38, berkata beliau teruja dengan pengumuman oleh Fahmi Fadzil.

“Beliau telah berkecimpung selama lapan tahun sebagai content creator bermula dengan Facebook dan Instagram,” ujarnya.

Seramai 100 orang peserta terdiri daripada pempengaruh dan para pengiat seni industri hiburan serta pencipta kandungan hadir ke seminar Fast Track: How to be Content Creator? 

ZS

Tinggalkan komen anda