Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kempen Derma Darah Inisiatif Tambah Bekalan Darah

By 22 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Sazali Ab Hamid/Nik Muhammad Faiz Faizal (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 22 Sep (Malaysiaaktif) – Kekurangan bekalan darah menjadi masalah kepada fasiliti kesihatan di seluruh negara memandangkan jumlah pesakit semakin bertambah sementara penderma darah pula berkurangan.

Atas kesedaran tersebut, Persatuan Kebudayaan dan Rekreasi Masyarakat India Pengkalan Hulu dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah menganjurkan Program Kempen Derma Darah di Dataran Arena Pengkalan Hulu, kelmarin.

Menurut pengerusi persatuan Arumugam Chokalingam, 66, program ini menyasarkan sekurang-kurangnya 20 beg darah dapat dikumpulkan bagi mengisi bekalan tabung darah.

“Melihat kepada sambutan yang diberikan penduduk rasanya ia melebihi dari sasaran yang ditetapkan.

“Saya gembira kerana penderma yang menjayakan kempen ini terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mohd Rizairi Jamaludin berpendapat program ini wajar diadakan sekerap mungkin bagi menambahkan bekalan darah selain meningkatkan tahap kesihatan penderma.

“Apabila kita menderma darah, badan akan menghasilkan darah baru dan menjadikan badan lebih bertenaga. Selain membantu mereka yang memerlukan, pastinya proses ini menyihatkan badan,” ujarnya.

Program turut mendapat kerjasama daripada Klinik Kesihatan Pengkalan Hulu dan Hospital Daerah Baling.

-ZS-

Tinggalkan komen anda