
Laporan/foto: Mohd Shazreen Suradi/Pejabat Daerah Muar
MUAR, 23 Okt (Malaysiaaktif) – Sebanyak 8,000 anak pokok telah ditanam di 22 lokasi berbeza sekitar Daerah Muar, pada Sabtu lalu selaras dengan usaha Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman Pokok Peringkat Negeri Johor.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang Haji Selamat Takim hadir merasmikan program tersebut sekali gus membuat gimik perasmian dengan menanam anak pokok bakau di Jeti Parit Kassim.
“Program tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor yang melibatkan agensi kerajaan, polis, ketua-ketua kampung, pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi.
“Sebanyak 1,000 batang anak pokok bakau telah berjaya ditanam di kawasan bakau dan mensasarkan pengiktirafan Malaysian Book of Records,” katanya.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning Datuk Mohd Fuad Tukirin.
-ZS-