Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Bomba Siap Siaga Hadapi Monsun Timur Laut

By 23 Oktober 2023Oktober 25th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Syafiq Jamloh (Pekan)

PEKAN, 23 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan hujan lebat dan bencana banjir menghadap Monsun Timur Laut (MTL).

Timbalan Ketua Setiausaha (Perumahan dan Kesejahteraan Komuniti) Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Suhaimi Ali@Ahmad, berkata JBPM telah membuat persiapan rapi bagi menghadapi MTL kali ini di mana kesemua 337 balai bomba dan 358 balai pasukan bomba anggota sukarela di seluruh negara telah bersiap sedia menghadapi segala bentuk kecemasan.

“Kesiapsiagaan JBPM adalah melibatkan keseluruhan keanggotaan dan logistik koordinasi juga elemen-elemen seperti latihan bersama, aktiviti rondaan dan analisa risiko di titik-titik panas yang telah dikenalpasti,” ujarnya di Majlis Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut JBPM, di sini Sabtu lalu.

Pada majlis tersebut turut diadakan persembahan simulasi penyelamatan di air dan pelepasan jentera serta lain-lain aset jabatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda