Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Gagasan Rumpun Selangor Semarakkan Semangat Perpaduan

By 26 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Yuszairee (Hulu Selangor)

KALUMPANG, 26 Nov (Malaysiaaktif)Ā – Kerajaan negeri Selangor memperkenalkan program Gagasan yang di kenali dengan Gagasan Rumpun Selangor bertujuan meraikan kepelbagaian dan menyemarakkan semangat perpaduan.

Menurut Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu SelangorĀ Saiful Bahari,Ā kerajaan negeriĀ berusaha mendekati dan mengenali sosio kehidupan rakyat Selangor diĀ pelbagai peringkat.

“Program ini diadakan bagi mengenalĀ pasti jenis aktiviti ekonomi tempatan yang berpotensi untuk dikomersial sebagai identiti kampung serta membuka peluang kepada usahawan-usahawan tempatan untuk memperkenalkan hasil produk mereka,”Ā katanya ketika berucap di ProgramĀ Gagasan Rumpun Selangor Peringkat Daerah Hulu Selangor, di siniĀ semalam.

Turut hadir Ā Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa Perpaduan Negeri SelangorĀ Datuk Rizam Ismail, Timbalan Pengarah Seksyen Sektoral Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Norhana Abdul Majid,Ā Orang Besar Daerah Hulu Selangor Raja Dato Muzafar Raja RedzwaĀ dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu SelangorĀ Mohd Hasry Nor Mohd.

-ZS-

Tinggalkan komen anda