
Laporan/foto: Nurulaini Mohd Kasran/Muhammad Azrul (Kulai)
KULAI, 9 Jan (Malaysiaaktif) – Mangsa-mangsa banjir di daerah ini bersyukur dan berterima kasih dengan keprihatinan pihak kerajaan memberikan sumbangan dan membantu mereka mengharungi musibah ini.
Salah seorang mangsa Hamimah Haris, 56, dari Kampung Murni Jaya menyatakan rasa syukur dengan sumbangan yang diterima.
“Ianya sedikit sebanyak dapat mengubat kesedihan kami menghadapi musibah banjir ini,” katanya, di sini hari ini.
Sesi Taklimat Pengurusan Banjir oleh Pegawai Daerah Kulai merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kulai Fizwan Datuk Haji Mohd Rashidi turut diadakan.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Noraini Ahmad turun padang melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Kampung Murni Jaya.
Noraini turut meluangkan masa menyantuni seramai 86 orang mangsa dan menyampaikan bakul makanan serta menyerahkan roti sumbangan syarikat Gardenia Bakeries.
-ZS-