Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Perdana Menteri Berusaha Menyelamatkan Negara

By 25 April 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rahman Ishak (Putrajaya)/Bernama

PUTRAJAYA, 25 Apr (Malaysiaaktif) – Kejayaan dan ‘misi gila’ Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelamat dan menyatukan keluarga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas.

Realitinya Perdana Menteri dengan ikhtiar, iltizam dan iktikad berusaha untuk menyelamatkan negara – Fahmi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata realitinya Perdana Menteri dengan ikhtiar, iltizam dan iktikad berusaha untuk menyelamatkan negara.

“Segala usaha, segala ikhtiar, segala dasar yang telah diumumkan sejak tahun lalu dan saya lihat sebenarnya Perdana Menteri tidak mampunyai misi untuk menyelamatkan satu keluarga sahaja.

“Kerana apa yang sedang diusahakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (YAB PM) tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memperbaiki, memperbetul perkara yang telah terlalu lama tergendala,” katanya.

Beliau berkata demikian di Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini pagi tadi.

Katanya, tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary baru-baru ini memaklumkan kepadanya bahawa Anwar Ibrahim setakat ini merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang serius memastikan bekalan makanan negara mencukupi.

“Bila dimaklumkan (oleh Syed Mokhtar) tentang ikhtiar menanam padi lima musim dua tahun yang menelan belanja RM5.2, bilion tanpa teragak-agak (YAB PM) memutuskan “yes we must do this” (kita mesti lakukannya) demi keterjaminan makanan.

Fahmi Fadzil di Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini pagi tadi

“Negara sedang bergelut untuk memperbetul keadaan supaya ekonomi negara meningkat, ekonomi rakyat lebih baik,” katanya.

Fahmi turut memberi gambaran pengumuman penambahbaikan kepada struktur gaji penjawat awam oleh Perdana Menteri pada 1 Mei ini.

“Insya-Allah dalam tempoh kurang lima hingga enam hari dari sekarang penjawat awam bersedialah untuk menerima berita baik daripada YAB PM. Perkara yang tidak dibuat selama 12 tahun.

“Asasnya adalah ekonomi Madani, Bahasa Inggeris disebut ‘raise the roof, raise the floor’, tingkatkan pendapatan negara, tingkatkan pendapatan rakyat,” katanya.

-RI

Tinggalkan komen anda