
Laporan/foto: Mohd Shaharudin Suratman (Seremban) & Norfazila Ahmad (PNS)
SEREMBAN, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Satu beg darah mampu menyelamatkan nyawa. Fakta itu menjadi inspirasi buat Politeknik Nilai bagi meneruskan misi tanggungjawab sosial korporat (CSR) melaksanakan kempen derma darah demi manfaat komuniti secara keseluruhannya.

Sesi pemeriksaan kesihatan secara percuma turut mendapat sambutan
Politeknik Nilai dengan kerjasama Hospital Tuanku Jaáfar, Seremban dan Klinik Kesihatan Kuarters KLIA telah mengadakan Program Community Health Fair bertempat di Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai.
Menurut Pengarah Program, Muhammad Faiz Mohammad Hamid sangat berpuas hati kerana sasaran utama program berjaya dicapai dengan 59 pain darah berjaya dikumpul dalam tempoh lima jam penganjuran program.
“Program ini telah mendapat sambutan mengalakkan dengan kehadiran seramai 178 orang pengunjung terdiri dari pelajar dan staf serta komuniti setempat dalam menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti menderma darah dan melakukan pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan kolestrol dan pemeriksaan pap smear,” katanya.

Pelajar PNS menderma darah
Usaha itu juga adalah satu inisiatif simbolik yang melambangkan perpaduan antara rakyat di negara ini yang mengamalkan sikap saling bantu membantu demi kesejahteraan bersama.
Program ini dianjurkan oleh 24 orang pelajar tahun akhir Program Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan (DLS) dalam membudayakan amalan menderma darah sebagai satu tanggungjawab sosial dalam hidup bermasyarakat di samping mendidik individu berani melakukan pemeriksaan kesihatan sebagai langkah pencegahan menghidap penyakit berbahaya.
-AA-