
Oleh Robani Nabi Ahmad
KOTA BHARU, 8 Mei (Malaysiaktif) — Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Kelantan (PKMM) semalam menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memimpin kerajaan.
Persatuan itu menyatakan demikian semasa Majlis Mesyuarat Agong PKMM Ke-39 di sebuah hotel di sini.
Yang DiPertua PKMM, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz menyampaikan Deklarasi PKMM Kelantan kepada Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub untuk diserahkan kepada Najib.
Tururt hadir, Timbalan Presiden PKMM, Datuk Che Wan Mohd Khalid.